SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai kekasih. Kami berkawan hampir tujuh tahun tetapi belum berkahwin. Memang kami ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Masalahnya sekarang, keluarga kekasih tidak mahu menerima saya sebagai menantunya. Saya terkilan dan tidak tahu kenapa ibunya enggan menerima saya.
Bapanya seorang ustaz dan dia juga tahu mengenai hubungan saya. Saya tak sanggup berpisah dengan kekasih saya kerana terlalu banyak kenangan antara kami.
Tidak dinafikan kami pernah terlanjur dan saya pernah hamil. Kami berhasrat untuk menebus dosa dengan berumahtangga.
Namun masalah keluarga membuatkan dia tinggalkan saya. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Saya tertekan dengan masalah ini dan tak sanggup menghadapi hari mendatang.
Kadangkala timbul rasa ingin bunuh diri. Saya tahu lelaki di luar sana tidak mahu wanita yang tiada dara. Persoalan sekarang, bolehkah saya ceritakan yang sebenarnya kepada keluarganya? Tolong bantu saya. Saya tertekan.

0 comments:
Post a Comment