Pages

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan bahawa setiap pesakit mendapatkan layanan yang sebaiknya & Menyelesaikan sebaik mungkin masalah pesakit yang dihadapai.

Kami bagi pihak pengurusan tidak akn bertanggung jawab atas segala kesewelan yang berlaku terhadap anda & keluarga anda akibat daripada membaca ruangan ini.

Sila hubungi doktor/pakar perubatan anda bertauliah untuk rawatan segera.

Segala maklumat & cadangan bolehlah diemaikan kepada
spendols@yahoo.com.

SATAHUN BERKAHWIN BELUM HAMIL

ELOKLAH anda mengajak suami menjalani pemeriksaan air mani terlebih dahulu. Anda tidak menyatakan sama ada suami pernah mempunyai anak sebelum ini.

Sekiranya tiada masalah ereksi zakar dan ejakulasi, keputusan ujian air mani yang normal juga dapat membuktikan suami anda juga tidak mempunyai masalah kesuburan.

Bagi wanita pula, apabila doktor mengesahkan anda subur, ini bermakna doktor sudah:
- Mengesahkan terdapat kantung telur yang matang pada sekitar pertengahan kitaran haid anda. Ia lazimnya menggunakan kaedah ultrabunyi melalui faraj. Pada masa sama, ketebalan lapisan terdalam rahim anda juga mencukupi.
- Mengesahkan telur terbabit sudah keluar iaitu berlakunya ovulasi, sama ada menggunakan pemantauan secara ultrabunyi melalui faraj, ataupun menggunakan ujian darah progesteron sekitar seminggu selepas ovulasi.
- Mengesahkan tiub falopio anda tidak tersumbat secara ujian sinaran-x (yang dinamakan HSG) ataupun menggunakan kaedah laparoskopi diagnostik.

Saya kurang faham mengapa anda perlu menghentikan pengambilan pil perancang selama sebulan pada selepas setiap tiga tahun penggunaannya.

Setelah pengambilan pil perancang dihentikan, kesuburan wanita dijangka kembali dalam masa enam bulan sahaja, namun ada juga segelintir yang mengambil masa sedikit lebih lama (sehingga setahun).

Saya juga tidak dapat menjawab mengenai pengambilan jamu kerana terdapat pelbagai jenis jamu yang mengandungi bahan berbeza yang kadangkala tidak dinyatakan dalam senarai kandungannya.

0 comments:

Post a Comment

Pakar Sakit Puan Anda

Tanya Prof Di Sini

Tanya Doktor

Tanya Doktor
Sakit Puan/Tuan

Orang Hilang