Pages

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan bahawa setiap pesakit mendapatkan layanan yang sebaiknya & Menyelesaikan sebaik mungkin masalah pesakit yang dihadapai.

Kami bagi pihak pengurusan tidak akn bertanggung jawab atas segala kesewelan yang berlaku terhadap anda & keluarga anda akibat daripada membaca ruangan ini.

Sila hubungi doktor/pakar perubatan anda bertauliah untuk rawatan segera.

Segala maklumat & cadangan bolehlah diemaikan kepada
spendols@yahoo.com.

SESALAN GADIS TERNODA



SAYA berusia 21 tahun. Setahun yang lalu saya mempunyai teman lelaki, A. Dalam tempoh setahun percintaan itu, saya banyak berubah dengan mendengar kata-katanya sehingga sanggup melukakan hati ibu bapa saya.

Tanpa saya sedari, mahkota yang saya jaga selama ini ternoda. Apabila mengetahui perkara itu, ibu menghalang perhubungan kami dan menyuruh saya memutuskan hubungan dengannya. Namun saya masih menyayanginya dan tetap berdegil.

Melihat keadaan saya begitu, ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki lain, B. Pada awalnya saya tidak dapat menerima B dalam hidup saya. Bagaimanapun, selepas tujuh bulan mengenali B, saya dapati dia banyak menyedarkan saya. Saya bagaikan baru terjaga daripada lena yang panjang.

Saya mula menyedari kesilapan yang saya lakukan. Kini terbit rasa kesal dalam hati dan jiwa saya di atas apa yang berlaku dulu.


Saya dapat menerima B dan melupakan teman lelaki yang dulu dan ingin kembali ke jalan yang benar. Sayangnya, noda hitam itu sering menghantui saya.


Saya sering terfikir dapatkah dia menerima saya andainya dia tahu apa yang berlaku pada diri saya. saya ingin jujur dengannya tetapi saya buntu apa yang harus saya lakukan. Perlukah saya berterus terang dengannya mengenai apa yang pernah terjadi kepada diri saya?

Saya sering terfikir dapatkah dia menerima saya andainya dia tahu apa yang berlaku pada diri saya. saya ingin jujur dengannya tetapi saya buntu apa yang harus saya lakukan. Perlukah saya berterus terang dengannya mengenai apa yang pernah terjadi kepada diri saya?

JAWAPAN

1 comments:

Anonymous said...

kadang .... kejujuran itu baik ...tapi kadang ketidak jujuran itu lebih baik ....!

dosa masa lalu hanya bisa ditebus dengan istighfar dan banyak berbuat amal sehingga akan menutup kenangan masa lalu...!

wajar dan masih manusiawi bila sesekali kita ingat kenangan pahit kita ...tapi kita harus ingat bahwa manusia tidaklah lepas dari dosa..!

Post a Comment

Pakar Sakit Puan Anda

Tanya Prof Di Sini

Tanya Doktor

Tanya Doktor
Sakit Puan/Tuan

Orang Hilang