Pages

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan bahawa setiap pesakit mendapatkan layanan yang sebaiknya & Menyelesaikan sebaik mungkin masalah pesakit yang dihadapai.

Kami bagi pihak pengurusan tidak akn bertanggung jawab atas segala kesewelan yang berlaku terhadap anda & keluarga anda akibat daripada membaca ruangan ini.

Sila hubungi doktor/pakar perubatan anda bertauliah untuk rawatan segera.

Segala maklumat & cadangan bolehlah diemaikan kepada
spendols@yahoo.com.

10 TIPS BERHENTI MEROKOK

 
  1. Umumkan kpd laman sosial bahawa anda akan berhenti merokok, jadi sekaligus diaorang akan support & bagi cadangan kpd anda.
  2. Jika keluar lepak, carilah lah tempat lepak yang dilarang merokok.
  3. Perbanyakkan bermain Facebook & layan youtube.. @website kegemaran lalaki.. haha
  4. Daripada habiskan duit daripada membeli rokok, Beli nombor ekor.. silap haribulan mengena beb.. haha
  5. Guna Kekreatitivi imaginasi anda : Sepertimana anda membayangkan wanita yang berbaju seperti nampak bogel.. cuba bayangkan pula sekiranya rokok nasmpak seperti wanita yang amat hodoh, ini akan membuatkan anda tidak teringin untuk merokok.
  6. Cuba simpan duit anda untuk membeli rokok. dan anda akan nampak hasilnya
  7. Selalu cermin diri anda, bertapa buruknya gigi, bibir & muka seorang perokok. jika anda berhenti merokok anda akan berasa perbezaan yg amat ketara pada wajah anda. Tidak lagi memerlukan Jamu Mak dara
  8. Baca fakta berhenti merokok, seperti fakta ini
  9. Cuba bayangkan apabila anak-anak anda merokok juga kelak.
  10. Benda masam boleh mangantikan ketagihan merokok, spt buah oren, & etc
P/S : yang ada awek, makwa, bini & skandal.. bagi tahu dia bahawanya anda akn berhenti merokok.
Merokok baik untuk anak bini. Jadilah sehat mcm saya. Berhenti merokok menjadikan anda lebih kacak, bijak, & professional & juga boleh memiliki bibir yang pink. SLMT MENCUBA YER

MIMPI BERTEMU IBU DI NERAKA?

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya, “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:

“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini,” balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku,” Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”

Islamitusuci


PERLU KE SAMBUNG BLAJA?

Nak ke mak bapak aku setuju, sedangkan diaorang sudah bisisng suh aku bekerja sebab diorang tak nampak dalam diri aku ciri-ciri nak belajar lagi..

Btl ke nk blaja lg? sedangkan kan aku dah buang masa msk ting6 & Dip? Orng kata tiada istilah buang masa kalo blaja?

Mcm mana aku nak kawen kalo x de kerja yg lbh elok. Wanita skrng makin lama makin mahal. Beli pistol lagi murah dari wanita? Kerja, di mana kau? Aku tak dapat buat keputusan?

Publisiti Murahan Alvin & Vivian Kenapa..


Heboh diperkatankan & hangat mcm JOM ROBOH-ROBOH.. saya bukanlah nak menyokong mana-mana pihak, tp sebenarnya banyak lagi isu yang berfaerdah untk diperkatakan, kenapa banyak pihak menyalahkan pasanagn ini, adakah diaorang cemburu kerana tidak dapat melakukan sek bebas mcm Alvin & Vivian. Adakah mereka cemburu kerana mereka tidak dapat membuat publisiti murahan mcm Alvin & Vivian.. . Nak dikatakan isu sosial, penzinaan & pembuangan bayi meningkat oleh kerana video Alvin & Vivian.. saya rasa tidak, kenapa tidak saja menyalahkan propaganda utama adalah media massa yang mencorakkan anak-anak muda ke aerah kejahilan & kemaksiatan. Sedangkan banyak lagi Video 3gp yg rata-ratanya terdiri dari golongan melayu kita. itu saja sudah cukup & tidakluak untuk diperkatakan. mereka x ap, zina dpt anak dulu baru kahwin, kita zina dapat anak dulu, buang dlm tongsampah baru bleh kawen.. polis kata, hapuskan bahan bukti terlebih dahulu. Tu kalo kahwen.. kalo stakat "Makan Lerr jer" @ " Makan Free Jer" x ke sia-sia taik ayam monel. and i see, lots of pepol judging, hate coments and all. come on pepol.. we beter than dis.. positive thinking is also a mental attitude that expects good and favorable results.

BERITA BAIK UNTUK SUAMI & ISTERI


SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan untuk tempoh panjang sedangkan mereka baru berkahwin?”
Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks adalah satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.

Kalau begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya memang benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam! Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan.
Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.

Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.

Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan ke atas anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.
Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.

Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan oleh anggota kelamin suami! Kesudahannya, si isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.
Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak mencengkam.

Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin mencuba tidak dilarang agama.

Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.

Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.

Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin mereka menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca nota ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya adalah tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan.

Suami perlu memastikan bahawa isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan.

Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan yang diidam-idamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini dikatakan sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan.

Jika ada yang tidak kena, maklumkan pasangan dan cari penyelesaian sebaik- baiknya demi kebahagiaan rumah tangga.

Pakar Sakit Puan Anda

Tanya Prof Di Sini

Tanya Doktor

Tanya Doktor
Sakit Puan/Tuan

Orang Hilang