SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang
dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan
koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang
Jumaat lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih
kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku
Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak
memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk
mengesan warisnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten
Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya
disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di
persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.
Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.
“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan
di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain
cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya
kini dilaporkan stabil.
“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol
berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.
Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia
rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya.
Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli
keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri
ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh
terdekat ini.
“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang
meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.
Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai
maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu
siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson
di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/08
Sebab itu islam menitik beratkan pemakaian menutup aurat, bukan membalut aurat.. Kita tidak mengjangkakan pemburu-pemburu dubur ini sentiasa bergiat aktif walau dimana pun anda berada. Ta takut ker.. dah la kena kenduri ramai-ramai, malah berbagai-bagai saiz ada.. kena belasah plak tue.. pastu campak macam sampah. fuh bertapa peritnya dirogol, walaupun aku x pernah dirogol, tp aku dapat rasakan keperitan nya.. Buat gadis di luar sana, berhati-hatilah semasa berjalan, jangan merangsangkan nafsu lelaki, akibatnya bontot anda yang binasa. :P Jadi sama-sama kita berdoa dijauhkan segala mala petaka & musibah. Allahhurabbi...